Thursday, September 17, 2009

Lawatan Menteri Pengajian Tinggi ke UMS


KOTA KINABALU:14 September, Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohd Khaled Nordin, mengadakan lawatan rasmi dua hari ke negeri Sabah. Semasa berada di sini, beliau telah mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), dengan melawat di beberapa tempat di pusat penyelidikan Marin dan Gelari Pendidikan UMS.

Semasa sidang akhbar, beliau memaklumkan UMS akan memiliki Hospital Universiti dalam rancangan Malaysia ke 10 , untuk membolehkan pelajar-pelajar perubatan membuat persediaan dan kajian perubatan di hospital tersebut.

0 comments: