Monday, October 19, 2009

Lebih 600,000 Pendatang Asing Dikesan Di Sabah

18 Oktober, 2009 19:26 PM

Lebih 600,000 Pendatang Asing Dikesan Di Sabah


KOTA KINABALU, 18 Okt (Bernama) -- Jumlah keseluruhan pendatang asing yang dikesan di kawasan pantai barat dan timur Sabah setakat ini ialah seramai 610,104 orang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perangkaan itu merangkumi pengenalpastian melalui Operasi Bersepadu Fasa I (Pendatang tanpa Izin (PATI) Tulen) seramai 5,643 orang, Operasi Bersepadu Fasa II (PATI Tulen) seramai 4,427 orang, Pendaftaran Pekerja PATI (tanpa dokumen) berserta tanggungan seramai 312,837 orang, Pelarian seramai 57,197 orang dan Pekerja Asing (Secara Sah dan Berdokumen) seramai 230,000 orang.

Katanya kejayaan paling signifikan keseluruhan Operasi Bersepadu itu ialah apabila seramai 312,837 orang Pekerja PATI (tanpa permit kerja/tanpa dokumen) berserta tanggungan telah dapat didaftarkan melalui Program Pendaftaran Pekerja PATI dengan majikan di Sabah.

"Melalui program ini yang telah bermula dari 1 Ogos 2008 hingga 31 Oktober 2008, para majikan yang sebelum ini telah mengambil Pekerja Asing secara tidak sah diarahkan untuk mendaftarkan pekerja mereka dan sekali gus menguruskan dokumen mereka secara sah tanpa diambil tindakan undang-undang," katanya.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pejabat polis marin di sini, Ahad.

Beliau berkata Jabatan Imigresen telah menetapkan sehingga 31 Mei 2009 untuk para majikan menjelaskan levi para pekerja mereka.

Pendekatan ini diambil untuk menjaga kepentingan industri-industri di Sabah khususnya sektor perladangan.

"Sekiranya tindakan drastik diambil untuk pengusiran, semua sektor terlibat akan terjejas serta merta. Pada masa yang sama, pendaftaran ini akan membolehkan data diperolehi untuk mempermudahkan proses pengesanan dilaksanakan dari semasa ke semasa," katanya.

Hishammuddin berkata kementeriannya telah memberi peluang kedua untuk para majikan mendaftarkan para pekerja PATI mereka secara sah.

"Tempoh yang sepatutnya tamat pada 31 Mei 2009 dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2009. Pada masa yang sama, bermula 1 Julai 2009 sehingga 31 Oktober 2009, KDN telah memberikan diskaun 50 peratus kadar levi bagi setiap seorang pekerja asing mengikut amaun yang telah ditetapkan bagi setiap sektor di Sabah," katanya.

Beliau berkata daripada sejumlah 312,837 orang PATI dan tanggungan tersebut, sebanyak 192,723 pekerja dan tanggungan telah didaftarkan secara sah.

Ini bermakna masih ada seramai 120,114 orang yang masih belum didaftarkan secara sah, katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, September 29, 2009

Iklan Petronas - Burung Murai

Monday, September 28, 2009

Philippine capital, 25 provinces battered by tropical storm

The Philippine government on Saturday placed the national capital Metro Manila and about two dozen provinces in Luzon region under state of calamity as heavy rains caused by a tropical storm submerged roads and flooded homes, forcing nearly two thousand people to be evacuated.

National Disaster Coordinating Council (NDCC) chair Gilberto Teodoro made the announcement at a disaster-relief briefing here in Manila as the state weather bureau reported tropical storm Ketsana triggered epic rainfall in six hours ended 2 p.m. Saturday, breaking the 1967-record of 334 millimeters in a 24-hour period.

At least 1,813 people were evacuated from their homes, the government's disaster relief agency said while a local radio report said nine people might have been killed. But the casualty report can't be immediately confirmed.

Most parts of the central Luzon experienced severe flooding. In Metro Manila, around 33 villages have been flooded and 37 road sections are closed to traffic, the NDCC said in its latest bulletin.

People live in squatter areas climb to their rooftops with valuables while kids swim in the rising floodwaters. In street with waist-deep floods, enterprising local residents used wooden board and plastic as makeshift "boats" to ferry commuters.

A dozen of domestic and international flights were canceled and more than 1,800 passengers were stranded in ports.

Floods and power blackouts also forced organizers to postpone the opening matches of the 15th Asian Senior Men's Volleyball Championship, scheduled to be held in the Philippine capital on Saturday.

Ketsana, locally known as Ondoy, made the landfall at northeastern Philippine coast at Saturday noon. It packed winds up to 85 kilometers per hour (kph) near the center and is forecast to move west-northwest at a speed of 19kph.

Source: Xinhua

Saturday, September 26, 2009

Iklan Petronas - Tan Hong Ming ( for academic study only)

Thursday, September 17, 2009

Lawatan Menteri Pengajian Tinggi ke UMS


KOTA KINABALU:14 September, Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohd Khaled Nordin, mengadakan lawatan rasmi dua hari ke negeri Sabah. Semasa berada di sini, beliau telah mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), dengan melawat di beberapa tempat di pusat penyelidikan Marin dan Gelari Pendidikan UMS.

Semasa sidang akhbar, beliau memaklumkan UMS akan memiliki Hospital Universiti dalam rancangan Malaysia ke 10 , untuk membolehkan pelajar-pelajar perubatan membuat persediaan dan kajian perubatan di hospital tersebut.